Saturday 19 November 2011

HATI INI

assalamualaikum : )

kalaulah esok aku akan pulang kepada yang Maha Pencipta. maka inilah malam terakhir aku berada di sini. tapi ya Allah, hambaMu ini belum bersedia! betapa hinanya diri hamba ini ya Allah! terlalu banyak hutang hamba padaMu!ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa hamba! hamba mohon ya Allah! ya Allah, panjangkanlah umur hamba! hamba masih banyak dosa ya Allah!

malam ni aku rasa macam nak nanges semahu-mahunya!ya Allah! lindungilah perjalananku esok! jauhkan aku dari sebarang anasir jahat! rahmatilah perjuanganku untuk menuntut ilmu ya Allah!


Wednesday 16 November 2011

TAK SABAR NAK BALIK !

cuti sem selama sebulan 2 minggu 2 hari betul-betul membuatkan aku bosan dan muak. sebab sekarang matlamat aku nak belajar sampai berdarah-darah! woh! semangat! 

okela. kita jumpa di uitm ye! di mana lagi? hehe.

#malas nak tulis entry panjang2.wahaha. syok sendiri :P

Tuesday 8 November 2011

PENANTIAN INI . .

assalamualaikum. alhamdulillah!

betullah kata orang kalau kita bersabar insyaallah kita pasti berjaya. dan aku harap hubungan kita terus berkekalan sampai ke syurga. aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau dan aku selalu mendoakan agar kaulah jodoh aku, sebab aku tau doa boleh mengubah takdir. 

apa yang aku harapkan sekarang agar kau dan aku masing-masing terus fokus dan sentiasa berusaha untuk menghadapi ujian dunia ini. aku faham keadaan kita yang kurang mengizinkan saat ini. dan apa yang pasti aku akan sentiasa menanti kau hingga saatnya nanti yang menyatukan kita . insyaallah

ikhlas dari aku yang sentiasa menyayangimu

Friday 4 November 2011

POINTER DAH KELUAR !

hari ni aku dapat result. result aku memang teruk. tapi setimpal la dengan usaha aku yang tak berusaha ni kan. oleh itu, aku nak ucapkan kepada diri sendiri, padan muka! wekk! sape suruh tak belajar!

pointer aku berapa? 3.35 je. haha, puas aku menangis satu hari sampailah aku bertenang sendiri. akhirnya aku sedar atas segala kesilapan aku. dan aku bertekad untuk kembali ke pangkal jalan. 

kawan2 semua doakan aku agar aku bisa berubah! menjadi lebih baik daripada hari semalam! harapanku agar kegagalan aku hari ini akan menjadi kunci kejayaan aku kelak! insyaallah! amin 

Thursday 3 November 2011

AKU LULUS JPJ (^_^)

Alhamdulillah!syukran Ya Allah!
tu je yang aku mampu cakap saat ni, sebenarnya dah lama dah aku test JPJ, 1hb Nov aritu, baru aku teringat yg aku ada blog, so, aku cerita la

sebenarnya aku fail aritu 25hb okt sebab aku jatuh titi, dah nak sampai dah, tibe2 je aku jatuh, aku mmg frust sgt2 la, aku terus menangis tak henti sampai rumah sedih yg teramat!

sebenarnya orang lain takde la sedih sangat walaupun fail JPJ cuma aku je yg lebih2. sebab apa? aku baru terfikir apa hikmah sebalik semua ni. 

sebab selama aku hidup, aku jarang menghadapi kegagalan, memang banyak cabaran dalam hidup aku kita, sejak kecik lagi dengan UPSR, PMR , SPM semua. aku bukan nak cakap aku berjaya semuanya. tak. sebab Allah yang permudahkan semua urusan aku. 

dan bila aku menghadapi kegagalan ni. aku tak boleh nak terima kenyataan. tapi aku still rasional la,orang cakap kegagalan tu kunci kejayaan, agaknya kot, tapi bagi aku, aku rasa makin takut nak menghadapinya. kegagalan tu macam dah jadi ketakutan aku pulak. 

pengajaran yg aku dapat dengan kegagalan aku dalam JPJ ni ialah macam mana kita kene berani menghadapi ketakutan kita! ayat apa la ni~

Monday 26 September 2011

final exam untuk mereka yang bijak sangat

assalamualaikum ! 
aku tengok blog aku ni dah berhabuk dah sebab aku ni memang pemalas giler lagi2 nak update2 blog yang memang komfem2 la takde kene mengena dengan meningkatnya markah carry marks aku untuk final ni. jadi aku pon frust la dengan pencapaian aku yang tak seberape ni. 

sekarang ni aku tengah final exam , pasni da abes sem1 dah. ni la final exam yang paling pemalas aku pernah rasa. dah tau nak final tapi taknak belajar, bodoh tak aku? macam tak fikir masa depan pulak kan, huhuhu.. malasnya nak belajar ! ! D: 

Friday 19 August 2011

orang cakap aku macam dah takde kerja sebab. . .

bismillahirrahmanirahim..
aku nak citer yang harini aku da buat sesuatu yang orang2 keliling aku cakap macam aku ni dah takde kerja lain,, cube teke! haha,, aku dengan relahatinya telah memvolunteerkan diri untuk join forum CTU085 yang bertajuk : IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN,hehe best kan tajuk ni?lagipun aku memang sengaja nak mengasah softskill aku yang tak seberape ni..

tajuk yang perlu aku mengupas-ngupas dalam forum ni ialah bagaimana solat itu memberi impak dalam kehidupan seorang muslim, aku rase agak makan dalam la jugak, tapi budak2 ni semua baik2 punya lah ^^




camtula ceritanya, tapi banyak jugak yang aku boleh kupas dalam ni, isnin ni nak present, ceh pastu datang pulak speaking test an, memang maveles lah ek, tapi pastu da lega dah.. boleh aku packing2 baju raye dengan hepy sambil nyanyi2 lagu raye! hehe,papepon doakan aku yang terbaik ae untuk forum aku nih, aku nih dahla gagap,haha,, k,nak carik isi dulu,kang da selesai aku bagitau isinye pulak ae! ^^,k ,wassalam  ^_^

Wednesday 17 August 2011

jangan tinggalkan aku sendiri..

assalamualaikum wbt

hari ni cuti,nuzul Quran ^^, cuti2 camni memang susah nak dapat,yela cuti hari blaja an,lecturer lak asik nak carik masa je wat kelas,baguslah macam tu kan,heh ^^,

tengok tajuk kat atas tu macam tak bole blah an,sebenarnye idea aku nak tulis pasal ni timbul masa aku tengah terawih semalam,hehe [nampak beno tak khusuknye! ^^] agak2nye apalah yang aku fikir ek?hmm, aku pun tak tau macam mane tibe2 aku boleh terfikir yang orang2 yang aku sayang tinggalkan aku sendiri..

tibe2 aku bayangkan kalau semua ahli keluarga aku : mak, abah n adek2 aku tibe2 pergi tinggalkan aku untuk selame2nye! masyaAllah! boleh pulak aku terfikir macam ni skali an!Astaghfirullahhal'azim.. dan bermulalah episod hidup aku sebagai yatim piatu hidup segan mati tak mahu..

banyak pulak persoalan yang menerjah ruang fikiran aku yang tak seberape nih..
"aku nak tinggal kat mane?"
"duduk dengan siape?"
"kalau ade harta yang ditinggalkan untuk aku aku nak beli ape?"
"tabah ke aku?"
"adakah aku pernah berkesempatan membahagiakan mereka ni?"


sebenarnye ade banyak lagi yang aku fikir tapi malaz aku nak cakap,heh ^^ tapi persoalan yang aku nak bincangkan sekarang ni, adakah aku tabah menghadapi semua ni? ya Allah! Hamba tak kuat ya Allah! betapa kerdilnya diri ini! betapa aku kagumi insan2 kuat dan tuff kat luar sana yang sangat2 tabah menghadapai ujian Allah,bukan satu, bukan dua, tapi hilang semua ahli keluarga sekelip mata! MasyaAllah, adakah aku cukup tabah!

andai aku diberitakan musibah seperti ini..hmm,apela yang aku boleh buat agaknye? mungkin reaksi aku yang pertama aku pengsan, terduduk menangis2 ,isy! tak dapat aku nak bayangkan..mestilah sedih kan? [gile agaknya aku kalau tak sedih!]


alhamdulillah sekarang ni mereka semua masih lagi sihat wal'afiat kat rumah, walaupun selama ni aku tak pernah menzahirkan sayang kat mereka, tapi dalam hati aku merekalah yang utama! [tipulah aku tak sayang famili an!] insyaallah, stakat ape yang aku mampu akan kulaksanakan untuk membahagiakan mereka selagi aku masih terdaya dan diberi kesempatan ni![manelah tau,kot2 aku yang pergi terlebih dahulu kan? ^^ ]

alhamdulillah! Syukran ya Allah! Syukran ya Allah! kerana aku masih diberi kenikmatan ini, nikmat kebahagiaan hidup di samping orang2 yang kucintai! ^^




Friday 12 August 2011

Zzz . .

assalamualaikum wbt
hari ni 12 ramadhan,sekejap je masa berlalu kan,alhamdulillah aku masih lagi diberi peluang untuk menikmati keberkatan bulan Ramadhan tahun ni ^^,

biasanya bila dah habis tarawih tu mata ni mesti dah rasa berat, dalam fikiran aku alangkah bestnya kalau dapat tidur terus lepas ni,, rasa mengantuk tu memang betul2 dah menguasai diri,tak dapat nak tahan dah,tapi alangkah kecewanya bila kita dah dapat tilam dan bantal yang empuk2 belaka tu tiba2 pulak mata ni degil sangat taknak lelap,isy3 betapa seksanya rasa time tu, dahla esoknya ada kelas,kalau dalam kelas boleh pulak tidur time lecturer tengah mengajar,lena pulak tu,sampai termimpi2 pon ada! eh,melampau pulak ^^,tapi aku memang pernah pon mimpi walaupun tidur dalam kelas,isy3..


tapi bila nak tidur malam punyalah susah ,rasa macam nak nanges je,tula, selama ni kita tidur rasa macam biasa2 je,tapi bila allah tak izinkan kita tidur kita rasa macam terseksa sangat2, so bagi sesiapa yang senang2 je boleh tidur malam2 tu , aku memangla sangat2 jelez dengan korang, sedapnya tidur..huk3 kita patutnya bersyukur sebab kita dapat tidur,aku nak tidur pun paling koman kene amek feel 2-3 jam baru boleh tidur . tapi bila dah tidur tak sedar diri la pulak, melampau-lampau tidur sampai 12jam,isy3 -.-"

untungla dapat tidur,,okela selamat berbuka! ^_^
kalau nak tidur tu jangan lupe basuh kaki tangan, amek wuduk la senang cter,bace doa tidur skali,, Zzz..
wassalam ^^

Wednesday 3 August 2011

sakit itu suatu anugerah ^^

assalamualaikum wbt
alhamdulillah ye,bersyukur kita kehadrat ilahi kerana atas limpah rahmat dan kurniaNya kita dapat lagi menghirup oksigen yang Allah dah bagi kita free sejak lahir lagi,[kalau kene baya tu taktau la nak cakap ape..] hari ni da masuk hari ke-3 da puase,hehe,^^ oleh sebab bulan ramadhan ni memang la mulia, jadik aku yang memang suka ambik kesempatan ni takkan la nak lepaskan peluang kan? hehe,walaupun keje homework belambak seperti air bertakung selepas hujan namun apakan dayaku,[jap lagi aku sentuh la,lek2 ,hehe ^^]

kita yang namanya manusia ni memang la tak perfect, sape la yang tak pernah ditimpa sakit kan? tak kesahla sakit ape pon, berdasarkan sebuah dalil nih

Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri dan Abu Hurairah radhiyallahu 'anhuma, dari Nabi Shallallahu' alaihi wa sallam beliau bersabda:
"tidaklah menimpa seorang muslim keletihan, sakit, kebimbangan, kesedihan, gangguan dan duka, sampai pun duri yang mengenai dirinya, kecuali Allah akan menghapuskan dengannya dosa-dosanya."

tengoklah betapa untungnya orang2 sakit nih,tak gitu? betapa Allah sayangkan kita, Allah tau kita memang banyak dosa, sebab tu Allah uji kita dengan sakit yang tak seberapa tu, sebab dengan rasa sakit yang kita tanggung tu Allah hapuskan dosa2 kita, betapa ruginya kita hidup kat dunia ni kalau kita tak pernah merasa sakit kan? sedangkan digambarkan kat akhirat nanti mereka2 yang tak pernah merasa derita sakit di dunia sanggup disiat-siatkan kulit mereka supaya mereka dapat apa yang orang2 yang pernah sakit kat dunia dulu dapat kat akhirat nanti,[paham tak?] sebab tula beruntungnya orang yang sakit kat dunia ni,sebab Allah tu sayangkan hambaNya

tapi kita ni manusia kan, selalu je lupa diri,masa kita sakit kita ingat kat Allah,tapi bila Allah da bagi nikmat kesihatan tubuh badan, kita pon lupa , lalai dan alpa,isy3, tu oke lagi ada manusia lain ni sakit tapi tak dapat nak terima kenyataan pulak kan,lagi nak mempersoalkan pulak kenapa? kenapa? kenapa? kita patutnya redha dengan segala ketentuan kan, takkan la Allah suka2 nak bagi sakit tu,mestilah ada hikmahnya kan? 

cuba kita tengok macam nabi Allah Ayub AS,betapa tabahnya nabi mengharungi hidup, dala dapat penyakit ganjil, kene tinggal pulak dengan bini, kuat ke kita kalau diduga macam ni? sampai satu tahap ulat yang ada kat badan nabi tu jatuh kat lantai pun, nabi kutip balik letak atas badan dia, betapa sabarnya! pemurah pulak tu! jadi sekarang ni dimanakah kita? cuba renung2 sket an,heh, aku pon bukan budak baik, ni kire peringatan untuk kita semua,hehe ^^
k,assalamualaikum~

Sunday 31 July 2011

Penyakit cintakan dunia

assalamualaikum wbt, ^^ 
yey,ramadhan datang lagi!azam aku taun ni nak full tarawih n kalau boleh,nak wat kat rsu,[tengoklaa.. ^^]di bulan ramadhan yang penuh barakah ni aku nak bagi tazkirah sket,hehe,



seperti tajuk yang tertera kat atas tu an,pasal penyakit manusia yang dah lama dah wujud kat atas muka bumi nih,lagi lame daripada AiDS ngan HIV apetah lagi H1n1 an,kalah teruk!penyakit cintakan dunia ni ialah penyakit rohani,so,kalau nak rawat,dokter hebat mane pon takkan dapat rawat melainkan diri kita sendiri yang punya kesedaran dan bertaubat,

sesungguhnya dunia ini hina disisi Allah,dan sesiapa yang mencintai apa yang dibenci Allah maka hukumnya? hah,fikir2 kan lah,betulla seperti yang dikatakan dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang yang kufur,

berdasarkan satu dalil ada menyebutkan iaitu..

Dari Ka’ab bin ‘Iyadh r.a, Rasulullah s.a.w bersabda,
إنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةً ، وفِتْنَةُ أُمَّتِي : المَالُ

Sesungguhnya setiap umat memiliki fitnah, sedangkan fitnah umatku adalah harta.”
(H.R. Tirmidzi, hadith hasan sahih)
sekarang ni semua orang asyik nak gaduh pasal harta,sedangkan dalam keluarga,sedare mare pon nak berkira,macamlah duit tu boleh bawak masuk kubur? boleh ke beli tiket masuk syurga? alahai,kat dunia ni je boleh hidup mewah kat akhirat nanti?renung2kan jela an.
aku cuma seorang hamba yang hina, yang menumpang kesenangan sementara di bumi Allah ni je,aku bukan orang senang, aku sendiri pon tak pernah terfikir nak jadik kaye,hidup aku sekarang pon dah cukup kaye,aku bersyukur dengan apa yang ada,sesungguhnya rezeki Allah tu luas,bukan harta semate,so,aku cadangkan kat mat2 jutawan kat luar sane,toksah la nak belumbe2 kumpul duit sape paling banyak,sebab tu sume tak bermakne langsung kat sisi Allah,apa yang penting kumpul la saham2 akhirat sekurang2nye terjamin la jugak mase depan kat padang mahsyar nanti.
dunia ni hanya sementara,lebih baik duit yang korang ada tu salur2kan la kat masjid2 ke rumah2 anak yatim ke ,lagi bagus an,duit dah banyak,share2 la kan,paling tak pun taje aku sambung belajar pon oke jugak, ^^

okelah, aku pon ade klas jap lagi,papepun ambil la iktibar yek, bulan puase ni pulak nafsu memang tengah membare nak makan buke sedap2 je an,da bukak puase sedap2 tu janganlah kita lupa kat sedare mare kita yang susah2 kat luar sana tu an,hulur2 la sket,besar pahale sedekah bulan puase nih,sebelum menutup tirai hayatilah lirik lagu nih,akibat cinta dunia daripada mawaddah ^^
Cintakan dunia membuatkan manusia
Cintakan diri yang membawa hidup nafsi-nafsi
Cintakan dunia yang membawa perpecahan,
sanak saudara kenalan dan kawan biasa
Cintakan dunia hilang kasih sayang sesama manusia
Cintakan dunia yang membunuh kasih sayang keluarga dan bangsa
Akhirnya timbul perpecahan di kalangan manusia
Pergaduhan dan peperangan berlaku
Cinta dunia ibarat racun
Yang membunuh kasih dan sayang
Cinta dunia adalah musuh manusia

Tapi manusia tidak sedar dan tidak faham
Sungguh kejam cinta dunia itu
Ia mengharu birukan, kehidupan manusia
Ia merenggangkan persaudaraan
Cinta dunialah membuatkan manusia
Cintakan diri yang membawa hidup nafsi-nafsi
Cinta dunialah yang membawa perpecahan,
sanak saudara kenalan dan kawan biasa
tapi manusia tidak sedar dan tidak faham
sungguh kejam cinta dunia itu
Ia mengharu birukan, kehidupan manusia
Ia merenggangkan persaudaraan
Cintakan dunia hilang kasih sayang sesama manusia
Cintakan dunia yang membunuh kasih sayang keluarga dan bangsa


Friday 29 July 2011



assalamualaikum wbt
alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga buat blog yang tak berapa semegah ni,memandangkan aku ni seorang yang buta IT [tula,dulu belagak taknak amek kelas komputer,hehe ^^]sebelum ni aku ada buat blog,tapi aku dah lupa pulak passwordnye, (^^)takpelah,bia je yang tu terkubur macam tu,kali ni aku nak bukak buku baru ,yelah siapelah aku ni hamba berdosa je,tambahan pule, aku ni bukan orang baik2 jadik korang semue berhati-hatilah dengan aku,jangan percayekan aku,yang baek tu amekla,yang buruk tu letak jauh2 jadikkan sempadan ,hehe.ape yang aku harap,aku boleh berkongsi ilmu yang bermanfaat,insyaallah